Universiti Negeri Michigan
Universiti Negeri Michigan

Universiti Negeri Michigan

Universiti Negeri Michigan (Bahasa Inggeris: Michigan State University, disingkatkan kepada MSU) adalah sebuah universiti penyelidikan awam di East Lansing, Michigan, Amerika Syarikat. Ia ditubuhkan pada tahun 1855 hasil pemberian geran tanah pelopor dan menjadi satu model bagi kolej-kolej pemberian tanah di Amerika Syarikat di bawah Akta Morrill 1862. Alumninya termasuklah sekurang-kurangnya enam pemenang Hadiah Pulitzer. Rekod MSU bagi pemegang Biasiswa Rhodes telah mengetuai Big Ten semenjak 1970-an. MSU telah mempelopori pengajian pembungkusan, perniagaan ketamuan, telekomunikasi, dan terapi muzik.Pada masa ini program pengajian luar negerinya merupakan yang paling besar di kalangan universiti berkampus tunggal di negara tersebut, menawarkan lebih daripada 200 program bagi lebih daripada 60 negara di semua benua termasuklah Antartika. Ia dianggap sebagai salah sebuah universiti Public Ivy Amerika, yang mengiktiraf universiti penyelidikan awam yang ternama di Amerika Syarikat.[5]

Universiti Negeri Michigan

Maskot Sparty
Pembiayaan AS $1.28 bilion (30 Jun 2008)[1]
Ijazah/Sarjana 9,973[2]
Staf akademik 5,052[2]
Ditubuhkan pada 12 Februari 1855
Warna Hijau dan Putih[3]        [4]
Lokasi ,
Siswazah 36,337[2]
Kampus Subbandar
(21 km2) kampus
10,000 ekar (8 km2) telah wujud dan dalam pembangunan
Laman sesawang msu.edu
Presiden Dr. Lou Anna Simon
Staf pentadbiran 6,166[2]
Moto Advancing Knowledge. Transforming Lives
Pelajar 46,648[2]
Sukan Spartans
Jenis Flagship
Awam
Geran tanah
Geran laut